Nothing is Impossible


I'm The Sweet Owner

Farhana Syakirah . Want to know my story? Just be quite and read. :D~



Status

UPS nak dekat dah weh ! :'O

Blog Archive


Contact Me

: Facebook
: Twitter
:Instagram

Hilang.
Tuesday 3 February 2015 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum. saya kembali. ada yang merindui ke?
Mustahil.

Niat nak tulis blog sbb rasa nak luah sesuatu.
Mencari tempat yang sesuai,
ya, mungkin disini.

Hilang. Hilang ni subjektif. Aku pernah hilang pemadam masa aku di bangku sekolah.
Aku hilang pen masa di alam sekolah menengah. Aku hilang buku nota masa aku di dunia matrik.
Dan aku hilang kawan masa aku berada di alam universiti.

Aku taknak mention siapa orang tersebut. Aku taknak salahkan pihak sana. Mungkin pihak sini yang terlalu khilaf. Mungkin pihak sini yang terlalu memendam. Aku penat, ya sangat penat. Tapi penat ini tak membawa faedah langsung. Bangun, teruskan hidup. Kepada pihak di sana, aku dgn tulus hati nak minta maaf sbb tak dapat menjadi kawan yang baik, malah takpernah nak faham kalian. Maaf.

Aku terima dgn semua ni. Kalau tak, perkataan 'hilang' takkan wujud. Definisi hilang? Hilang merupakan benda/sesuatu perkara yang sendirinya tiada ataupun di ambil oleh org lain atas faktor-faktor yang tertentu. Semua ini bersebab. Kalau tak, tak akan dipanggil 'hlang'. Even aku taktahu apa sebab nya, tapi aku yakin semua ni pasti ada sebab. Bnda ni berlaku dgn tiba tiba. Dan aku tak salahkan sesiapa. Mungkin salah aku sbb aku tak cuba untuk perbetulkan masalah ini. Tapi mcm aku cakap kat atas, aku penat. Benda ni bukan jd sekali. tapi sudah berkali-berkali.

"How your personalities are, there is how people treat you". 

Aku hold dgn statement ni. Aku banyak kali hilang org dalam hidup weh. Dan hati aku kata, "kau punca. kalau bukan kau punca takkan seramai ni kau boleh hilang org tersayang?"
Aku salah. Aku tak pandai menghargai org sekeliling. Maafkan aku. Aku tak tahu mcm mana nak tunjuk yang aku perlukan org sekeliling aku. Aku teruskan dgn ego hingga mereka fikir aku boleh hidup tanpa mereka walhal tidak. Aku terima.

Meski kita tidak seperti dulu, tapi kau perlu tahu. doa aku sentiasa bersamamu,
Moga Allah memberkati persahabatan kita dulu.
Dan sekali lagi maaf, sbb aku tak pertahankan persahabatan ni.
Aku cuma terima semua ini.
Aku terima.

Sayang,
Ana yang kau kenal.
Maaf sekali lagi.



Newer Post
Older Post