I'm The Sweet Owner Status Blog Archive Contact Me ![]() ![]() ![]()
| Hijrah :) Saturday, 18 January 2014 | 0 Possible[s]
"Aku nak berubah. Aku nak berhijrah"
Assalamualaikum :) sekarang jam menunjukkan 4.37 pagi. dan aku masih terpinga-tepinga pada waktu ini. Banyak benda aku kena fikir. Banyak benda aku kena selesaikan. Banyak benda aku kena UBAH. Aku nak straight to the point ja. Apa itu HIJRAH? Masing-masing dah belajar, masing-masing dah boleh tahu apa kesan penghijrahan. Aku rasa diri aku ni perlu berubah.
PERLU BERUBAH, PERLU.
Aku dapat rasakan benda ni pada minggu sebelum Maulidur Rasul. Aku taktau sama ada ni hidayah Allah ka apa. Tapi aku just RASA. Hati aku tetiba terdetik yang aku nak berubah. Berubah ni pulak bukan dari segi dalaman sahaja, bukan dari luaran sahaja. tapi melibatkan both :) Dalam minggu tu, aku asyik sembang pasal hijrah ni dgn roommates kesayangan, Kim dan Aida. Depa dua ni lah banyak explain kat aku. Ya aku tahu, benda ni bukan senang. tapi bila benda ni akan terjadi if tuan badan sendiri yang tak usaha?
Tunggu masa yang sesuai?
Tunggu someone utk ubah diri kita?
Tunggu masa kahwin?
TUNGGU BILA DIRI TU DAH ROSAK?
Maaf, bukan niat nak berkasar. tapi aku mmg nak tegas dalam bab ni. why selalu org berubah selepas ada benda yang sangat sangat sangat sangat teruk terjadi kpd depa? Sbb apa tak berubah pada masa ni ja? I mean, masa yang kita sendiri still waras dan boleh berfikir mana yang betul mana yang tak. Aku amik masa ampa 5 minit untuk fikir pasal ni.
"Selagi kita boleh berfikir sampai tahap ni, why kita taknak ubah sekarang? why banyak sangat alasan kita bg kat Allah? Bila kita buat jahat, ada kita fikir sedalam ni? Tak malu ka dgn Allah? Kita bakal berdepan dengan-Nya pada hari kelak. Tak malukah?"
Itu soalan aku. Aku tak kata aku dah perfect. Nope ! aku tak kata aku dah stop semua benda lagha yang aku still buat. Aku tak kata. AKU TAK KATA. aku just nak luah apa yang aku rasa. aku mmg ada pasang niat nak berubah. ADA NIAT.
Aku mengaku, aku still cakap kasar dengan orang sekeliling. mahupun keluarga sendiri. Aku mengaku, aku still rapat dengan lelaki yang bukan muhrim aku. Aku mengaku, aku still maki hamun orang sesuka hati aku. Aku mengaku, pakaian aku still tak ikut syariat. Aku mengaku yang aku tau semua tu.
Seriously, aku taktau Allah bg aku petunjuk ka apa. Tapi aku dah dapat mimpi pasal kiamat/kekuasaan Allah dah 3 kali. dan mimpi tu pulak terjadi masa aku kat Matrik. Aku taktau apa yang Allah nak cuba sampaikan kpd aku. Tapi hati aku mmg kuat kata yang aku nak berubah. Aku takmau lah aku ni berubah sbb aku ada melakukan dosa-dosa besar. Wallahualam lah kan dosa-dosa aku tu sampai tahap mana. Tapi selagi aku boleh berfikir ni, aku tau apa yang aku buat dan apa yg aku tak buat. Ampa pun boleh fikir untuk diri ampa. KITA KENAL DIRI KITA MELEBIHI ORANG LAIN KENAL KITA.
Aku tak kata aku nak berubah terus kepada tudung labuh, terus kepada jubah, terus pakai boots. Tidak. Berubah ni ada peringkat. Sedangkan Al-Quran pun turun secara berperingkat, apa entah lagi dengan sikap manusia? perlu berubah secara berperingkat jugak. :) Bagi aku, aku nak set dalaman aku dulu. Aku nak pastikan benda WAJIB aku laksanakan dgn baik. dan benda SUNAT, aku cuba nak buat setiap hari. (umum). Salah satunya benda wajib, aku nak pakai stokin bila aku kluar. tak kisah lah p kafe ka apa ka. Sbb benda tu WAJIB. Why nak bg alasan? :') Aku nak pakai hansdsock. Aku nak pakai tudung bidang 50. (untuk peringkat awal). Aku tak mention yang aku akan pakai tdung labuh mcm ustazah tu. Aku still suka bergaya, aku still suka dgn life aku dulu. Tapi dia ada limit. Selagi aku tau benda tu tak against syariat, selagi tu aku get along. Pakaian yang mungkin aku nak pakai? aku nak pakai long dress with skirt, kasut flat & stokin, tudung tu tak kisah la mana-mana. janji labuh. Boleh? tu planning aku lah. Insya Allah.
Ramai orang kata hijrah sekarang ni dah jadi TREND. ahhh, ikut suka hati lah nak kata apa. Selagi tuan badan tu tau apa yg dia buat, apa niat dia, kita support jelah. why nak banyak bising? alahai. Salahkah someone tu berubah? Ada menganggu ekonomi negara kah? Allah larang kah? Allah REDHA ada lah. Tolonglah weh, aku penah penat sbb menangis pasal ni. why?
Aku takut orang takleh terima perubahan aku. Aku takut aku tak boleh istiqamah. Aku takut aku dapat fitnah. Aku takut aku takdapat support daripada orang sekeliling. Aku takut. Aku tau, semakin kita dekat dgn Allah, semakin kuat UJIAN ALLAH BAGI. tapi ada hikmah semua tu. Allah buat mcm tu sbb Allah nak uji tahap kita sayang DIA. sedalam mana kita CINTA dengan ISLAM. Ya Allah, indah sangat semua ni. Indah sangat sangat if aku dapat ubah diri ku kepada yang lebih baik. Aku perlukan support semua org. Tolong, support aku. Aku tak kata aku akan berubah dgn drastik. aku nak berubah dengan cara perlahan.
can i wear like this?
this? Insya Allah :) The perfect one to wear.
Awak, saya tahu kita jaga batas pergaulan kita. Saya tahu awak hormat saya. Saya tahu awak sokong saya bila saya kata saya nak ubah. Awak, teruskan jaga eh? Kita tahu apa yang kita buat. orang lain tak tahu. Ada benda kita perlu elakkan, kita PERLU elakkan. Insya Allah. jangan pernah putus untuk menjadi kawan baik saya. :'D
Thanks kerana membaca, assalamualaikum :)
← Newer Post
Older Post →
|