|
I'm The Sweet Owner Status Blog Archive Contact Me
| meaning of LOVE ? Saturday, 13 August 2011 | 2 Possible[s] Hey guys , kadang2 tuu , penah dak pkiaq kenapa hubungan ampa dgn pasangan ampa selalu ja masalah ? disini , aku just nk kongsi apa yg ada dlm pmikiran akuu. just make a formal post yaa ? :) Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman. Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang. Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan. Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas. Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan? Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengelakkan perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup. Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia. Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan. Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat. Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya. Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan. Pesanan : Kalau sesiapa yang taktahu makna cinta dgn spenuhnya lagi , jangan lah melibatkan diri. Jika anda tidak kuat , jgn lah mencintai. Sdgkan cinta kat Allah dan keluarga pun belum ckup ? Inikah pulak dgn manusia yg tiada kaitan dgn diri kita langsung ? Think with ur BRAIN peeps :) Labels: tips kitty :) |
Fuhhhhh ayat :P haha!
hahahaha. well , hahaha. :D untukk youu lah post nii. HAHAHHAA