I'm The Sweet Owner Status Blog Archive Contact Me ![]() ![]() ![]()
| Perempuan. Friday, 31 August 2012 | 0 Possible[s] Perempuan. Ya. Mereka mudah mengalirkan air mata. dan air mata bukanlah hanya melambangkan seseorang itu lemah. tp air mata perempuan sentiasa ada jalan cerita nya :') Perempuan. Jika mereka bersikap kasar, bukanlah bermaksud mereka itu tidak layak dijadikan peneman. Tidak layak untuk diberi layanan. Tidak layak untuk dihormati. tetapi, dgn melakukan sikap yg demikian, mungkin mereka ingin membalas sesuatu perkara yang telah terjadi kepada mereka. Kerana perempuan, sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Perempuan. Ada perempuan yang suka melepaskan segalanya. Ini kerana mereka seorang yang tidak kental mentalitinya. Tp ini bukan salah mereka. Kerana perempuan mempunyai hati yang sangat lembut. Ada juga perempuan yang lebih gemar untuk pendam. Tp ini bukan yang mereka mahu. Kerana mereka inginkan kebahagiaan org sekeliling dn mahukan balasan seperti berikut. Sakitnya hati ini jika orang sekeliling tidak menghargai pengorbanan mereka. Sakit. Tidak terkata. Perempuan. Mempunyai nafsu yang lebih banyak berbanding lelaki. Tetapi mereka dianugerahkan satu perasaan malu yang sangat tebal. Dan ini dapat membezakan perempuan yang baik dan sebaliknya. Indahnya hidup ini jika martabat seorang perempuan dapat ditingkatkan. Indahnya hidup ini jika semua orang mengerti apa isi hati seorang perempuan. bertuahnya hidup seorang perempuan itu jika dikelilingi oleh orang-orang yang tersayang dan suasana yang sangat aman. indahnya setiap perempuan dapat menegakkan setiap kebenaran yang berlaku dalam kehidupan mereka. Dahsyatnya doa seorang perempuan. Dahsyatnya dugaan dan tanggungjawab seorang perempuan. Bertuahnya diri ku jika aku dapat menjalani kehidupan yang sangat tenteram. Alangkah sayunya hati ku apabila semua orang sekelilingku mengerti perasaan aku ketika ini. Hati yang kecil ini sentiasa sakit, tidak dipeduli dan terus dibiarkan. Kuatnya hati ini ! apabila dicaci mahupun sebagainya. Cantiknya air mata seorang perempuan jika ia sentiasa disimpan. Syukurnya diri ku jika orang sekelilingku datang untuk mengembalikan senyuman ku. Terima Kasih. Ikhlas ; Farhana Syakirah Binti Abdul Shukri ![]() ← Newer Post
Older Post →
|