I'm The Sweet Owner Status Blog Archive Contact Me ![]() ![]() ![]()
| Stupid Dilema Friday, 26 April 2013 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum.. Ya Allah, bagi aku ada mood utk update post ni tanpa terlalu emosi atau sebagainya. Aku nak buat post ni dari hati ke otak ke tangan. bukan dari hati ke otak then ke hati semula. Tidak. seperti semua org tau, result matrik dah kluaq. tau kan aku dah confirm nak masuk UniKL. aku ulang, Confirm! tapi benda ni terjadi sebelum aku tau RESULT MATRIK 25 APRIL.. dulu ada kata result matik 25 MAY. so bagi aku, telah ah aku akan pergi unikl. plus kalau upu dapat best, aku akan keluaq. matrik mmg takda dlm list sbb 19 May masuk UniKL, duk tak duk nak kluaq dah? at least bg ah dua minggu kan. tapi bila jadi ceni......Aku gelisah. Aku serabut. Aku terdiam. Aku menangis. Aku baling semua benda. Aku menangis sorang-sorang. Aku jadi bodo. Aku tendang meja study. Aku menangis lagi sekali. Ya Allah. Semua ni ganggu mood aku tau dak? See, keyboard basah. baru janji takmau emosi. Ya Allah, tolong bagi aku kuat sat. nak post bnda ni sat :/ Kemarin Farah Awatif Ajda mai amik aku. dan time tu mmg internet rumah aku gelong. aku nk kluaq ngn depa, nk ajak online sama. Tapi masuk-masuk kereta depa gtau yg aku dapat Matrik Perlis. Aku bersyukur. sbb normal ah KMP mmg akan full dgn budak Derma, Syed Hassan, Dato'Sheikh, Sekolah Agama Perempuan/Arau. Macam sebelum-sebelum ini. Tapi tidak pada tahun ni. serious lain gila cara rombak sistem matrikulasi tahun ni. Farah P-Nat Pqah Watip Afza Alia Baby Penang. (Bestarians yg lain jugak. just aku dgn Jiah ja kat Perlis. Sedih) Ajda kat Pahang. Dikwa Johor. semua pakat jauh jauh. aku tatau sebab apa boleh jadi mcm ni. Aku tersentap, Aku seorang ? Guys, this is not a joke. please. Bila jadi mcm ni, aku nak termenangis depan depa. aku nk org peluk aku. aku nak org usap bahu aku. aku nak org bg perhatian kat aku. Aku balik rumah, aku whatsapp org yg aku rasa mmg penting utk aku share. org yang mmg aku sayang. (sapa number satu aku whatsapp tu, means dia org paling penting dlm hidup aku) tapi benda ni jugak buat ayaq mata aku terbenti malah aku jadi marah, geram sbb aku takdapat support tu. Hidup Aku Sedih Weh. Masuk bilik, teriak mcm org bodo. Aku gtau mama ayah kakak pasal ni. takkan nk bgtau kat ijat yg umur 5 tahun tu pulak kan? hm. kakak dgn ayah nak aku p uniKL. mama nk aku p maktab. tapi matrik pun okay mama kata. ntah la. aku tau, dpa sayang aku. depa nak aku berjaya. depa takmau aku susah time buat degree nanti. depa takmau aku serabut. Tapi ya, aku serabut. "bagilah seorang anak ayah ada jadi doktor" Ayat ni. Ya Allah. tolong la ayah. ana tak tough utk amik course ni. ayah, mohon tgk semula result spm ana kalau ayah kut terlupa ana dapat bapa. :'( and now, benda ni still tak selesai. Bila aku duk sorang sorang dalam bilik, tanpa tgk twitter/fb/whatsapp/wechat. aku dapat berfikir dari hati aku sendiri. i mean, personally. Aku rasa Allah dah bg hint kat aku. tapi aku tak pasti sama ada bnda ni hint atau anggapan aku saja. mari aku share, then boleh dak aku request something ? ampa gtau aku salah atau betul. 1. Mulanya, matrik mmg cita-cita aku dari Form4 lagi. sebab aku nak masuk Matrik then bila degree aku nak smbung course Sains dan Matematik. then mai UniKL, aku rasa aku nk prove kat smua org yg aku boleh Sains. so aku jd dilema balik. Bg ampa, bukankah pilihan pertama, dari hati yg terbaik buat kita? Aku still boleh belajaq Sciences kan duk Matrik? Hm 2. Awat aku fake dalam twitter dan insta pasal UniKL? awat aku tak ikhlas ? Opinion? Nampak kan? This is just for my family sake. 3. Time tu, perempuan yg apply UniKL dan asal dari Perlis, hanya aku dgn Ain (sekolah agama perempuan) yg dapat dan kami mmg plan nak pi. then, dia gtau.. ayah dia asa better takyah atas faktor yg tertentu. Aku redha ja. sbb takpala even aku sorg perempuan pun. jnji nk belajaq. 4. Bg aku, aku klau nk struggle, aku tak boleh ada org yg kenal prgai aku dari A-Z. so aku takkan struggle. better kenai org yg tak berapa rapat so aku buleh study tanpa rasa malu, awkward, malas atau sebaliknya. 5. Then bila result Matrik kluaq, yg aku tau budak kat Perlis ni 5 org ja dapat Matrik Perlis. *setakat aku tahu* Aku, Ain, Aida, Jiah, Fatin. Means aku dgn Ain lg ? boleh nmpak dak? hm 6. Aku tpkiaq, dalam banyak-banyak org, awt aku dapat Perlis? ini berdasarkan result ka apa? mulanya aku pkiaq mcm tu. tapi aku rasa tidak. kawan aku bercambah dapat Matrik Penang. sama result dgn aku pulak tu. Tipu k. Plus yg bawah daripada aku pun ada dapat Penang. Apa hint dkat sini? based on number 4, aku kata aku nk struggle kan. plus takley ada org yg aku kenal rapat. awat aku asa ni hikmah dia ? Ya Allah, aku dapat rasa petanda ni. tapi tolonglah bg jelas lagi :'( 7. dan semalam aku mimpi. mimpi tu tatau hint ka apa. tapi aku nk share kat sini. Enfrandra+Lalulop ajak semua keluaq la. sbb nak celebrate plus sebelum kami semua p pusat pengajian masing-masing. Aku pun tergolong. aku tak sure tempat tu kat mana, tapi yg pastinya aku sampai lewat. elok aku nak duduk, depa cakap mcm ni "kami ajak hg mai ka?" Ayat ni....kalau dari kawan baik.. agak agak ampa? dalam mimpi tu, aku sedih teruk. aku belah. Ya Allah. apa ni? relate kah sbb aku sorg ja dapat Perlis? means dalam mimpi tu aku pilih Matrik? Ya Allah. aku tak kuat nak pikiaq smua ni. Seriously. Dah. setakat ni ja aku ingat. even aku rasa banyak lagi hint yg bakal aku dapat if aku terus buat istikharah ni :') aku mmg down. aku serabut. tapi normal la bg org nk continue study kan. jgn lah kata kami buat teruk. sbb bnda ni penentu hidup. ampa nak hidup takat tahun depan takpala. aku still nk kumpul pahala aku. plus maybe aku nmpak mcm teruk sikit sbb keputusan aku akan merosakkan harapan/impian/hati seseorang. ataupun lebih. tu ja. even hati aku termasuk sekali. Naauzubillah. Doakan aku. Sangat perlukan. ← Newer Post
Older Post →
|