Nothing is Impossible


I'm The Sweet Owner

Farhana Syakirah . Want to know my story? Just be quite and read. :D~



Status

UPS nak dekat dah weh ! :'O

Blog Archive


Contact Me

: Facebook
: Twitter
:Instagram

Miracle of Life
Sunday, 16 December 2012 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum...


Ya Allah. Terima kasih sebab engkau memberikan dia semula kepada aku. Terima kasih kerana menyatukan kami semula setelah sekian lama terpisah. Terima kasih kerana membuka hati kami untuk meneruskan hubungan kami yang telah lama kami jalani ini. Ya. 4 Tahun. Bukan perkara yang mudah. Aku bertekad kepada diriku untuk fokus kepada pelajaran dan disebabkan hal itulah kami terpaksa memutuskan hubungan kami. Dia pendiam, pandai ambil hati aku, dia anak sulung dan pastinya dia mengambil aliran akaun di UITM. muehehe. sememangnya itulah yang aku kehendaki. Seorang akauntan sebagai bakal imamku. :') Ya Allah. Aku tidak mampu untuk menjamin hubungan kami untuk berkekalan. Tapi Engkau permudahkanlah hubungan kami ini. Jika dia baik untukku, maka satukanlah kami pada hari kelak. :') Aku berjanji dengan diri aku supaya tidak terlalu menunjuk-nunjuk dalam hubungan kami ini. Aku ingin contohi hubungan kakak. Mereka tidak seperti pasangan yang lain. Terutamanya di alam maya. Masya-Allah ! Ramai pasangan yang ingin menunjuk-nunjuk bahawa mereka itu pasangan paling bahagia di dunia. Duduk tak duduk, berhenti di separuh jalan. tidak sampai 5 bulan, setahun, dua tahun apa ntah lagi 3 tahun. Aku tidak berbangga dengan hubungan kami yang telah 4 tahun ini. kerana aku tahu, kami bukan bersama dalam 4 tahun tu. Masa kami berpisah lebih lama agaknya. Aku ingin menjadi macam kakak dan Pasha. haha. Mereka berhubungan seperti kawan baik. Itu sudah memadai kan ? :) Assalamualaikum.

AFA

sincerely me :')